Pages

Thursday 10 May 2012

Kerajaan Perlu Kembalikan Hak Rakyat







Sebagai sebuah negara yang merdeka dan mengamalkan system Demokrasi Berparlimen, Kerajaan UMNO-BN bertanggungjawab memulangkan kembali hak rakyat iaitu penglibatan berkesan dalam proses urustadbir negara. Malaysia bukanlah harta pusaka nenek moyang pemimpin UMNO-BN, sehingga mereka begitu taksub malah memperlakukan negara juga rakyat Malaysia ini dengan begitu rakus sekali.

Prinsip Kemahiran Urus Tadbir Yang Baik.
Rakyat sememangnya berhak melibatkan diri secara berkesan dalam segala aktiviti urustadbir yang dilakukan oleh kerajaan. Sebagai warganegara, setiap rakyat Malaysia dijamin oleh perlembagaan untuk bebas diwakili dan mewakili, juga berhak untuk menyatakan pandangan dan bebas untuk menyokong mana-mana kumpulan selagi tidak menyalahi undang-undang.

Ratusan Ribu menyertai Bersih 3.0
Malangnya, satu demi satu hak rakyat dinafikan, malah tidak pernah diberikan sejak negara ini mencapai kemerdekaan.

Ratusan ribu rakyat yang berhimpun di ibu negara baru-baru ini, dalam himpunan Bersih 3.0, bukan sahaja suara mereka tidak didengari, malah tindakan mereka berhimpun secara aman dikecam dengan hebat oleh Pihak Kerajaan sendiri. Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sendiri gagal memahami tugas mereka sebagai pelaksana undang-undang apabila dilihat begitu cenderung melindungi kerajaan dan mematuhi segala kehendak parti pemerintah, sekalipun Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun.

Penglibatan yang berkesan dalam urus tadbir negara bukanlah bermakna setiap rakyat berhak mencampuri urusan dan berbuat kacau sesuka hati mereka. Sebaliknya, penglibatan yang berkesan ini menitik beratkan maklumat yang dibekalkan oleh Kerajaan kepada Rakyat, juga membuka ruang dan peluang yang sewajarnya kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan secara bebas.

Kerajaan bertanggungjawab memberikan maklumat yang telus kepada rakyat. Setiap keputusan yang melibatkan rakyat harus dibincangkan secara berkesan dalam Dewan Rakyat, mahupun Dewan Undangan Negeri, dan rakyat perlu diberikan akses yang menyeluruh terhadap persidangan Dewan-dewan tersebut. Laporan kewangan dan kegiatan juga sepatutnya diberikan dengan bersungguh-sungguh.

Suara Rakyat perlu didengari.
Malangnya, setiap tindakan kerajaan, termasuk laporan kewangan dianggap sulit dan tidak boleh didedahkan, kononnya atas factor keselamatan. Ditambah dengan akta rahsia rasmi kerajaan, menyebabkan mereka yang mempunyai maklumat-maklumat penting ini “dikunci mulut” mereka daripada mendedahkan kesalahan dan ketirisan urustadbir yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO-BN.

Kerajaan UMNO-BN, jika mereka benar-benar mahu kembalikan hak rakyat, maka perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah mengembalikan hak da peranan rakyat dalam system pilihanraya dengan menjalankan pilihanraya dengan adil dan bersih. Rakyat perlu diberikan maklumat yang benar dan telus, juga diberikan hak yang sewajarnya untuk memilih dan dipilih.

No comments:

Post a Comment